Sorting by

×

150 SYARIKAT GUNAKAN APLIKASI IWORKSYOP

Masa Membaca:1 Minit, 28 Saat

KESIDANG 18 November – Platform digital iWorksyop kini telah digunakan oleh 150 syarikat yang terdiri daripada pengusaha automotif.

Pengasas iWorksyop; Mohd Wardi Hilmi berkata, platform berlandaskan laman web tersebut menyediakan perkhidmatan ilmu pengurusan perniagaan khusus dalam bidang automotif dan memberikan kemudahan buat pengusaha-pengusaha terbabit untuk menyelesaikan masalah urus tadbir perniagaan mereka.

“iWorksyop adalah sebuah platform ilmu pengurusan perniagaan bagi segmen automotif dan berperanan bagi menyelesaikan permasalahan urus-tadbir perniagaan dalam segmen automotif pada masa kini.

“Sehingga kini, hampir 150 syarikat yang aktif menggunakan platform iWorksyop dan sasaran kami adalah mahu melihat pengusaha automotif menguasai ilmu pengurusan dengan cara yang mudah dan fokus memacu perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui dalam Majlis Anugerah dan Makan Malam Ukhwah iWorksyop yang dirasmikan oleh Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi negeri, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halim di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.

Hadir sama Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB); Abdul Razak Abu, Pengerusi Persatuan Usahawan Automotif Negeri Melaka (PUAM); Mohd Haizahry Nordin dan Pengasas RM AutoCare; Riduan Mizan.

Whatsapp Image 2024 11 18 At 3.56.05 Pm
MOHD Wardi (kanan) menyampaikan cenderamata penghargaan kepada Mohd Noor Helmy.

Tambahnya, dia menyatakan harapan agar lebih ramai pengusaha automotif dapat memaksimumkan penggunaan platform iWorksyop demi kelangsungan jangka masa panjang.

“Harapan saya adalah untuk melihat lebih ramai pengusaha automotif menguasai selok belok ilmu iWorksyop bagi membantu mereka terus memacu perniagaan yang lebih berdaya saing dan mampan,” ujarnya.

Sementara itu, dalam majlis tersebut menyaksikan beberapa anugerah turut disampaikan mengikut kategori.

Untuk kategori Anugerah Inspirasi dimenangi oleh Wizard Auto Werks, manakala bagi Anugerah Worksyop Terbaik dirangkul MH Tyre & Battery Specialist (M) Sdn Bhd dan bagi kategori Anugerah Transformasi dirangkul oleh Arie Auto Service.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

245
Kongsi :
Previous post WARGA EMAS HILANG DI SUNGAI PENGKALAN DITEMUKAN LEMAS
Next post MEDIA MELAKA TINJAU KAPAL PERSIARAN GENTING DREAM
Ubah saiz-+=