15 tawaran BN untuk pengundi P136 Tangga Batu
Berikut merupakan 15 aku janji manifesto calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Tangga Batu Datuk Lim Ban Hong:
5 KOMITMEN INFRASTRUKTUR YANG UTAMA DEMI KESELESAAN RAKYAT
1. Memperkasakan rancangan tebatan banjir (RTB) tempatan termasuk menaik taraf sistem perparitan, kolam takungan air sebagai usaha menangani isu banjir.
2. Memperluaskan liputan jalur lebar 5G terutamanya di kawasan luar bandar.
3. Menambah baik sistem pengangkutan dan penyuraian trafik sebagai pendekatan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas.
4. Menambah baik fasiliti dan infrastruktur untuk komuniti nelayan termasuk menambah baik jeti nelayan Klebang Besar & Sungai Lereh serta pembinaan penempatan baru pengkalan nelayan Pantai Puteri yang mempunyai kemudahan yang lebih baik dan moden.
5. Menaik taraf sistem pengairan di kawasan sawah padi dan tanaman
5 HALA TUJU DALAM MEMPERKASAKAN EKONOMI RAKYAT
1. Memperkasakan pembangunan ekonomi rakyat untuk memberi lebih banyak ruang dan peluang kepada masyarakat tempatan terutamanya golongan muda dan wanita dengan mewujudkan peluang pekerjaan bagi menjana pendapatan.
2. Memperkasakan pembangunan Perusahaan Mikro Kecil Sederhana (PMKS) serta memperkasakan pembangunan kawasan perindustrian tempatan terutamanya Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bagi merancakkan pembangunan ekonomi dalam parlimen Tangga Batu.
3. Membina jenama dan produk “Tangga Batu” yang boleh menambah pendapatan masyarakat setempat.
4. Mewujudkan tarikan pelancongan baru untuk merangsang pembangunan pelancongan tempatan seperti restoran terapung untuk hasil laut tempatan, kompleks & tempat riadah serta pusat jualan sehenti untuk produk tempatan
5. Memantapkan pembangunan modal insan dengan mewujudkan institusi pendidikan & kemahiran yang bersesuaian dengan pembangunan ekonomi setempat dalam Parlimen Tangga Batu.
5 PEMBANGUNAN FOKUS DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT
1. Menjaga kebajikan dan kesejahteraan komuniti anggota tentera dan pesara tentera yang merangkumi prasarana dan pendidikan anak-anak tentera serta memperkukuhkan keselamatan awam dalam kawasan Parlimen Tangga Batu dengan pembinaan balai polis baru atau memperkasakan kekuatan balai polis sedia ada.
2. Memberi keutamaan kepada pembangunan agama, pendidikan berkualiti, kemudahan sukan & rekreasi serta memelihara kelestarian dan kemapanan alam sekitar.
3. Meningkatkan taraf kesihatan setempat termasuk menaik taraf klinik sedia ada serta pembinaan kemudahan perubatan yang baru.
4. Menyelenggara tempat pelupusan sampah Sungai Udang serta mempercepatkan pembinaan insinerator pelupusan sampah.
5. Memperbanyakkan pelaksanaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Rumah Mampu Milik dalam Parlimen Tangga Batu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.