15 peserta berentap merebut gelaran juara pertandingan pidato
AYER KEROH 16 Sept – Seramai 15 peserta berentap bagi merebut gelaran juara pada pusingan akhir Pertandingan Pidato Rukun Negara Sebagai Prinsip Perpaduan Demi Kejayaan dan Kestabilan Rakyat Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka, hari ini.
Pertandingan itu diadakan secara maya menerusi Facebook rasmi Kerajaan Negeri Melaka pada kira-kira jam 9 pagi.
Majlis diserikan dengan Ketibaan Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam yang tiba kira-kira jam 9.20 pagi diiringi kenamaan yang hadir.
Acara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan kemudian disusuli bacaan doa bagi mendapat keberkatan majlis.
Majlis kemudiannya dimulakan dengan ucapan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.
Turut diadakan tayangan montaj Pidato Rukun Negara Sebagai Prinsip Perpaduan Demi Kejayaan dan Kestabilan Rakyat Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka.
Pertandingan pidato dimulakan dengan persembahan adik Nur Awadah Mohd Adli dari Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Demang Hussin disusuli beberapa peserta yang lain.
Lima kategori dipertandingan dimulai dengan Kategori Sekolah Rendah, Kategori Sekolah Menengah, Kategori Institusi Pengajian Tinggi, Kategori Bukan Melayu dan Kategori Awam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.