Sorting by

×

15 cedera selepas bas ekspres terbabas di bahu jalan selepas Terowong Menora

Masa Membaca:56 Saat

IPOH 4 April. – Seramai 15 orang termasuk seorang pemandu cedera apabila bas ekspres dinaiki mereka dipercayai terbabas ke bahu jalan di Kilometer (KM) 265 Lebuhraya Utara Selatan, berdekatan Terowong Menora arah selatan di sini, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Shahrudi Muhamad Halil berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian melibatkan 12 lelaki dan tiga perempuan berusia antara 14 hingga 59 tahun itu pada 2.22 pagi.

“Kami segera mengerahkan seramai 16 anggota dan pegawai dari BBP Meru dan bantuan dari BBP Ipoh ke lokasi kejadian bagi kerja-kerja menyelamat,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata setibanya di lokasi kejadian, pihaknya mendapati kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres yang terbabas dan terbalik ke dalam longkang di sebelah laluan jalan dan terdapat dua mangsa yang cedera parah.

Shahrudi berkata anggota bomba telah membantu mengeluarkan mangsa dan memberi rawatan awal sebelum kesemua mangsa dibawa oleh ambulans ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk menerima rawatan lanjut.

Katanya operasi bersama-sama Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Kesihatan itu berakhir pada pukul 4.39 pagi.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1148
Kongsi :
Previous post Biro Politik Bersatu rangka gerak kerja hadapi PRU-15
Next post 80 peratus rakyat perlu terima vaksin menjelang Mac 2022
Ubah saiz-+=