![Deecc578 67ef 4bb6 Ab7e A515462c81c3](https://www.melakahariini.my/wp-content/uploads/2022/12/DEECC578-67EF-4BB6-AB7E-A515462C81C3.jpeg?v=1670130799)
1,429 graduan PMM terima diploma
MERLIMAU 4 Disember – Seramai 1,429 graduan Politeknik Merlimau Melaka (PMM) berjaya menamatkan pengajian peringkat diploma pada Majlis Konvokesyen PMM ke-20 di sini hari ini.
Istiadat konvokesyen diadakan di Dewan Platinum selama dua hari bermula pada semalam menerusi empat sidang.
Pengarah PMM, Norizam Sekak berkata daripada jumlah terbabit, mengikut pecahan, istiadat konvokesyen itu melibatkan lima jurusan.
“Seramai 281 graduan daripada Kejuruteraan Elektrik; Jabatan Perdagangan (279) dan Kejuruteraan Awam (278).
“Manakala seramai 254 graduan daripada Kejuruteraan Mekanikal dan 337 graduan daripada Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Majlis tersebut disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Datuk Iskandar Hussein Mohamed Hussein dan Pengerusi POLYCC Zon Melaka dan Negeri Sembilan, Dr IshakMohamad.
![E428C8B6-F607-4A21-B4AA-BB009987E45E](https://www.melakahariini.my/wp-content/uploads/2022/12/E428C8B6-F607-4A21-B4AA-BB009987E45E.jpeg)
Dalam istiadat konvokesyen sidang ketiga hari ini, turut disampaikan Anugerah Khas Pengarah yang dirangkul graduan Diploma Akauntan, Muhammad Azrul Sazali.
Turut menerima Anugerah Khas Kejuruteraan Mekanikal yang dirangkul oleh Nurul Ain Hanis Hasniza dan Anugerah Khas Jabatan Perdagangan, Muhammad Faiz Saifuddin.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.