Sorting by

×

14 masjid dan surau baharu bakal dibina

Masa Membaca:57 Saat

SERI NEGERI 3 Mac – Sebanyak 14 buah masjid dan surau baru dirancang dibina di beberapa perkampungan seluruh Melaka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, cadangan itu termasuk lokasi yang belum diluluskan namun sedang dimohon semula bagi perlaksanaan projek tahun ini.

Jelasnya, Jabatan Agama Islam Melaka telah melaksanakan permohonan dalam senarai projek tahun ini menerusi Unit Perancangan Ekonomi Negeri dan Pejabat Pembangunan Negeri Melaka.

“Ia sama seperti masjid di Kampung Bukit Darat, Pantai Kundor dimana ia telah dimasukkan dalam permohonan Pejabat Pembangunan Negeri dan kajian persekutuan pada 2018 namun belum diluluskan telah dimohon semula,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan penangguhan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, hari ini.

Beliau mengingatkan pembangunan masjid perlu seiring dengan jumlah kehadiran jemaah yang ramai.

Ujarnya, pelbagai usaha akan dijalankan dalam usaha mengimarahkan institusi masjid di negeri ini.

“Jangan pula kita bina masjid yang banyak, besar-besar tapi orang yang datang (jemaah) tak ramai, malah bilangan tiang masjid lebih banyak daripada orang yang datang.

“Namun apapun, InsyAllah kerajaan negeri akan cuba binakan masjid buat rakyat negeri selagi kita mampu boleh bina,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1354
Kongsi :
Previous post Tiada lagi projek pembangunan di pinggir sungai, paya – KM
Next post Bank boleh sekat pelanggan atau akaun disyaki terlibat dalam salah guna, jenayah
Ubah saiz-+=