14 JALAN, PERSIMPANGAN DITUTUP SEMPENA SAMBUTAN MERDEKA MELAKA

Masa Membaca:2 Minit, 11 Saat

BANDARAYA MELAKA 28 Ogos – Sebanyak 14 jalan dan persimpangan akan ditutup bagi memberi laluan kepada perbarisan dan perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 Peringkat Negeri Melaka pada 31 Ogos ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, penutupan jalan utama itu melibatkan kawasan sekitar tapak sambutan iaitu di Jalan Persiaran Merdeka atau di hadapan Pusat Beli Belah Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade.

Jelas beliau, penutupan jalan utama di sekitar tapak sambutan akan dilaksanakan secara berperingkat dalam dua fasa iaitu pada fasa pertama akan dilaksanakan pada 28 dan 29 Ogos bagi tujuan sesi raptai dan persiapan lokasi manakala fasa kedua pula adalah pada 31 Ogos iaitu pada hari sambutan.

“Pihak polis akan menjalankan penutupan jalan dan membuat lencongan untuk pengguna jalan raya semasa perarakan tersebut membabitkan beberapa jalan di sekitar Banda Hilir.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan merancang perjalanan atau perlu keluar lebih awal ke destinasi tersebut supaya tidak tersekat semasa penutupan jalan dilaksanakan.

“Pengguna jalan raya juga digalakkan mengguna jalan alternatif supaya dapat mengurangkan kesesakan dan masa perjalanan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Christopher memaklumkan, antara jalan yang ditutup pada dua fasa tersebut adalah persimpangan lampu isyarat berdekatan Hotel Hatten, di mana aliran trafik dari Melaka Raya ke Jalan Parameswara akan ditutup semasa perarakan dan kenderaan hanya dibenarkan untuk membelok ke kiri menghala ke Jalan Melaka Raya 1 (berdekatan Maybank).

Selain itu, di persimpangan lampu isyarat Mahkota Parade pula akan ditutup membabitkan laluan di belakang bangunan kompleks beli belah itu dan kenderaan yang menuju ke Plaza Mahkota perlu keluar melalui susur masuk di Hotel Holiday Inn.

“Di persimpangan Menara Taming Sari pula, laluan ke Jalan Persiaran Merdeka akan ditutup, aliran trafik keluar adalah dari Plaza Mahkota melalui Jalan PM6 manakala laluan kontra pula di belakang Mahkota Parade ke Jalan Syed Abd Aziz.

“Di persimpangan berdekatan Bangunan Madonna pula aliran trafik ke arah Jam Besar ditutup dan dilencongkan ke Jalan Banda Kaba; Jalan Chan Koon Cheng akan dijadikan laluan kontra menhala ke persimpangan Hotel Equatorial; manakala Jalan Bukit Cina atau simpang Asam Pedas Power (Aliran trafik ke persimpangan lampu isyarat Meng Seng ditutup) dan akan dilencongkan ke Jalan Puteri Hang Li Po.

“Manakala, Jalan Temenggong menghala ke lampu isyarat Padang Nyiru akan ditutup; Jalan Bunga Raya Pantai ke Hang Tuah Mall akan ditutup; Simpang Jalan Tun Mamat ke Hang Tuah Mall ditutup; Simpang Jalan Graha Maju ke Jalan Hang Tuah ditutup; Simpang Jalan Kubu ke Jalan Hang Tuah ditutup; dan persimpangan lampu isyarat Bank Rakyat ke Jalan Tan Chay Yan turut ditutup dan dilencongkan ke jalan berdekatan Fajar atau Plaza Soon Seng,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

8509
Kongsi :
Previous post LAHIR BAKAT MASA DEPAN NEGARA
Next post MAIM BANTU PEMBUAT ROTI JADI USAHAWAN BERJAYA
Ubah saiz-+=