14 cedera letupan bom bunuh diri di luar gereja di Makassar
JAKARTA 28 Mac – Kejadian letupan bom di luar pintu masuk Gereja Katedral di Makassar, Sulawesi Selatan hari ini yang dipercayai dilakukan oleh pengebom bunuh diri, mencederakan 14 orang setakat tengah hari tadi.
Setakat 12.30 tengah hari waktu Indonesia Barat, polis Indonesia belum mengesahkan jumlah mereka yang terbunuh dalam kejadian kira-kira 10.20 pagi waktu Indonesia bahagian tengah itu.
Menurut Ketua Divisi Hubungan Masyarakat Polis Indonesia Argo Yuwono, dua suspek yang menunggang sebuah motosikal cuba memasuki kawasan gereja berkenaan sebelum ditahan pengawal keselamatan gereja.
“Pengawal keselamatan menahan mereka dan sejurus kemudian berlaku letupan. Polis masih menyelidik jumlah bahagian-bahagian tubuh yang hancur akibat letupan itu (jumlah yang terbunuh dalam kejadian berkenaan),” katanya dalam sidang media di Jakarta.
Letupan itu turut melibatkan beberapa pengguna jalan raya yang sedang melalui jalan berkenaan.
Berdasarkan video yang tersebar di media sosial, bahagian tubuh yang berkecai bertaburan di kawasan berkenaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
BAJET MELAKA 2025, INISIATIF MEMENUHI KEPERLUAN RAKYAT
SERI NEGERI 3 Januari - Pelaksanaan pelbagai inisiatif menerusi Bajet Melaka 2025 membuktikan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam memenuhi keperluan rakyat....
TINGKAT PEMBANGUNAN USAHAWAN MENERUSI BAJET 2025
SERI NEGERI 3 Januari - Pembangunan usahawan di Melaka terus diperkasa apabila peruntukan berjumlah RM600,000 disalurkan menerusi portfolio pembangunan usahawan,...
BANJIR TERMENUNG: RIBUAN ANAK IKAN MUNCUL, PENDUDUK PASIR MAS RAIH PENDAPATAN SAMPINGAN
PASIR MAS 2 Januari - Banjir yang belum surut di beberapa kampung di sini membawa rezeki kepada penduduk apabila ribuan...
BERMALAM DI HANG TUAH CENTRE, PROGRAM BUKA TIRAI 2025
DUYONG 2 Januari - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) membuka tirai 2025 dengan melaksanakan Program Bermalam di Muzium bermula di Hang...
TINDAKAN TATATERTIB, 147 PEGAWAI, ANGGOTA POLIS DIBUANG KERJA
AYER KEROH 2 Januari - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah berkompromi berhubung aspek integriti pegawai dan anggotanya dalam usaha...
KANAK-KANAK PEREMPUAN MAUT TERSEPIT MEJA LIPAT
NIBONG TEBAL 2 Januari - Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas didakwa tersepit di celah besi meja lipat di rumahnya di...