
139 pengunjung, enam pemilik premis hiburan dikompaun
KUALA LUMPUR, 11 Feb – Sebanyak 139 pengunjung dan enam pemilik pusat hiburan masing-masing dikompaun RM1,000 kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam Ops Khas Pematuhan SOP di sini, sejak 4 Feb lepas sehingga semalam.
Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur Datuk Azman Ayob berkata kompaun berjumlah RM145,000 itu dikeluarkan mengikut Peraturan 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit Fasa Empat PPN 2021 (Melakukan aktiviti terlarang dalam pub dan kelab malam).
“Kompaun berjumlah RM139,000 dikeluarkan terhadap 139 orang pengunjung pusat hiburan manakala RM6,000 kepada enam pemilik premis,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Azman turut memaklumkan, sejak Januari lepas, JPJKK Kuala Lumpur telah mengeluarkan sebanyak 280 kompaun ke atas pemilik premis pusat hiburan dan pengunjung bernilai RM280,000 kerana gagal mematuhi SOP COVID-19.
“Operasi seperti ini terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa dalam usaha membantu kerajaan mengawal penularan wabak COVID-19 demi kesejahteraan masyarakat bersama,” katanya.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...