
136 INDIVIDU TERKANDAS AKIBAT JAMBATAN RUNTUH DI SUNGKAI
IPOH 20 April – Sebanyak 136 individu termasuk 81 pelajar sebuah politeknik terkandas susulan jambatan ke Kampung Tisong runtuh mengakibatkan laluan keluar masuk ke Hot Spring Felda Sungai Klah, Kampung Tisong, Sungkai dan Buyong Mas Sanctuary Camp Site Sungai Klah (Sungkai) terputus, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 10.46 pagi.
“Mereka yang terkandas ialah 81 pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang dan 10 pekerja Buyong Mas Sanctuary Camp Site. Sejumlah 45 individu lagi terdiri iaitu 39 dewasa dan 16 kanak-kanak daripada 17 keluarga terkandas di Hot Spring Sg Klah.
“Pihak JBPM juga akan bekerjasama dengan agensi lain untuk membawa kesemua mangsa keluar menggunakan jalan alternatif pada hari ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
