
13,400 kakitangan awam Johor terima bantuan Aidilfitri
JOHOR BAHRU, 10 April – Kira-kira 13,400 kakitangan awam di Johor akan menerima Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000.
Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Azmi Rohani berkata pemberian itu diputuskan menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 6 April lepas dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM18.81 juta.
Beliau berkata pemberian itu turut melibatkan kakitangan di bawah Skim Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP).
“Pemberian bantuan ini adalah keprihatinan kerajaan negeri bagi meringankan beban kewangan penjawat awam negeri sempena menyambut ketibaan lebaran pada tahun ini,” katanya menerusi kenyataan, di sini hari ini.
Azmi berkata pembayaran akan dibuat pada 28 April dan semakan kelayakan boleh dirujuk melalui Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2022.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...