
13 doktor dari Kelantan dihantar bantu hospital di Sabah tangani COVID-19
KOTA BHARU 5 Okt. – Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) telah menghantar seramai 13 doktor ke Sabah bagi membantu menangani penularan pandemik COVID-19 di negeri itu.
Pengarah JKNK Datuk Dr Zaini Hussin berkataĀ kumpulan doktor itu dihantar melalui dua fasa iaitu pada 23 Sept seramai lima orang manakala dalam Fasa II iaitu semalam, seramai lapan doktor telah berlepas ke Negeri Di Bawah Bayu.
“Kumpulan pegawai perubatan yang dihantar ini adalah dariĀ pelbagai hospital di Kelantan. Tujuan mereka dihantar adalah bagi membantu hospital di Sabah menangani masalah pandemik COVID-19,ā katanya ketika dihubungiĀ hari ini.
Beliau juga berkataĀ sembilan individu yang positif jangkitan virus berbahaya itu di Kelantan, termasuk bayi berusia 17 bulan, kini berada dalam keadaan stabil,
Bagaimanapun, melihat kepada peningkatan kes harian yang tinggi pada masa ini, JKNK meminta orang ramai agar mematuhi prosedur operasi standard yang telah ditetapkan bagi mengekang penularan.
— BERNAMA