Sorting by

×

PERMAINAN VIDEO ROBLOX INSPIRASI PERKAMPUNGAN HANG TUAH

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

DUYONG 18 Mac – Melaka International College of Science And Technology (MiCoST) kini dalam usaha membangunkan permainan video berbentuk animasi yang berkonsepkan ‘Roblox’.

Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Mohd Noor Helmi Abdul Halem berkata, permainan video dibangunkan itu mengambil inspirasi Perkampungan Hang Tuah.

Katanya, inisiatif membangunkan permainan video yang kini menjadi trend adalah antara usaha untuk merancakkan lagi promosi Perkampungan Hang Tuah.

“Di MiCoST sendiri, di bawah kepimpinan Ketua Pegawai Eksekutifnya Senator Datuk Mustafa Musa, sedang membangunkan ‘game’ Roblox di Perkampungan Hang Tuah ini.

“Ini adalah sebahagian daripada usaha untuk mempromosikan lagi Perkampungan Hang Tuah selain daripada beberapa lagi perancangan,” katanya.

Mohd Noor Helmy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong berkata, permainan video itu dijangka akan dilancarkan pada Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong pada Julai depan.

“Semestinya saya amat teruja dan berbesar hati kerana MiCoST di bawah Fakulti Teknologi Maklumat Multimedia sudi berkongsi idea bagi membangunkan permainan video sebegitu.

“Di pihak Japerun sendiri, terdapat beberapa siri perbincangan sudah diadakan bersama wakil serta pihak yang berminat untuk turut serta dalam memeriahkan kawasan tersebut.

“Diharap dengan inisiatif yang dilaksanakan ini ia akan dapat menarik lebih ramai pengunjung sekaligus memeriahkan lagi suasana di Perkampungan Hang Tuah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

Kongsi :
Previous post BUSANA AIDILFITRI UNTUK ANAK ASNAF
Next post BAYAR ZAKAT BERSEMUKA MASIH JADI PILIHAN