1,258 pelajar positif, 11 sekolah di Melaka ditutup
MELAKA 18 Feb – Kluster pendidikan di negeri ini semakin membimbangkan apabila 11 sekolah termasuk satu sekolah menengah diarahkan tutup.
EXCO Pendidikan negeri, Datuk Rais Yasin berkata bermula Januari hingga semalam, seramai namun tiada kes kritikal dilaporkan.
Sehubungan itu, katanya, langkah penutupan terhadap 11 sekolah itu berpandukan saranan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) bagi mengekang penularan terbabit.
“Setakat ini, tempoh penutupan sekolah adalah dalam lingkungan lima hingga ke tujuh hari, bergantung kepada keadaan dan tahap penularan Covid-19 di sekolah-sekolah tertentu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata daripada jumlah itu, 10 sekolah adalah sekolah rendah manakala satu lagi adalah sekolah menengah.
“Antara sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Tuah; Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tun Razak; SK Paya Redan; SK Batu Berendam; SK Pulai; SK Chinchin; SK Tun Syed Ahmad Shahabudin; SK Duyung, SK Bukit Rambai dan SK Taman Bukit Rambai serta Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yu Ning.
“Berikutan itu, sesi persekolahan sekolah tersebut diteruskan menerusi kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid.
“Pihak Jawatankuasa Pendidikan dan Teknologi akan memantau dan memastikan keberkesanan pembelajaran pelajar agar mengelakkan keciciran berlaku dalam kalangan pelajar,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.