122,062 MURID TAHUN SATU IKUTI PROGRAM INTERVENSI LITERASI DAN NUMERASI
Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan berkata murid-murid itu disaring oleh guru merekaĀ selepas tiga bulanĀ mengikuti kaedah pengajaran dan pembelajaranĀ (PdP) di Tahun Satu, dan dikenal pasti belum mencapai TP1 (Tahap Penguasaan) bagi mata pelajaran Bahasa MelayuĀ dan Matematik.
āDaripadaĀ keseluruhan 448,113 murid dalamĀ kohort Tahun Satu, setelah kita saring melalui penilaian dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), anak-anak yang memperoleh penguasaan sekurang-kurangnya tahap satu adalah berjumlah 122,062 orang.
āDaripada 122,062 yang disaring, 62,928 murid didapati belum menguasai literasi dan numerasi; 45,465 murid tidak menguasai literasi; dan 13,669 murid belum menguasai numerasi,ā katanya pada Sidang Media Khas Berhubung Intervensi Kurikulum, di sini hari ini.
Azman berkataĀ ketiga-tigaĀ kelompok murid itu akan diberikan intervensi berdasarkan kepadaĀ isu tahap penguasaan minimum yang merekaĀ peroleh, dan guru-guruĀ akan melaksanakan program intervensi selama tiga bulan bermula bulan lepas.
āMurid-muridĀ akan dikelompok mengikut kumpulan yang tidakĀ kompeten dan intervensi akan diberi berdasarkan kepada modul kit atau bahan bacaan yang sesuai oleh guru-guru.
āSetelah tiga bulan, penilaian akan dibuat dan bagi murid yang menguasai literasi dan numerasiĀ akan kembali ke kelas arus perdana, manakala yang belum kuasaiĀ akan terus diberi intervensi yangĀ sesuai sehingga mereka mencapai tahapĀ penguasaan lebih daripada minimum untuk mereka kembali ke bilik darjah,ā katanya.
Azman berkata Program Intervensi Literasi dan Numerasi itu merupakan salah satu daripada empat inisiatif yang dilaksana Kementerian Pendidikan (KPM) bagi menambah baik intervensi kurikulum dalam usaha menangani isu keciciran pembelajaran, iaitu di bawah inisiatif pengesanan awal literasi dan numerasi.
Beliau berkata tigaĀ lagi inisiatif ialah susunan semula kurikulum, pelaporan PBD yang mesra ibu bapa, dan latihan untuk guru, dan telah mula dilaksanakan sejak Mac lepas.
Azman berkata KPM komited memastikan intervensi kurikulum yang sedang dilaksanakan dapat memberi impak positif kepada pengalaman pembelajaran murid serta kualiti pendidikan secara keseluruhan.
āKurikulum yang disusun semula diharap dapat memenuhi keperluan dan gaya pembelajaran murid melalui penyediaan bahan pembelajaran yang relevan. Sokongan masyarakat termasuk ibu bapa dan pihak berkepentingan lain adalah diharapkan bagi memastikan inisiatif ini berjaya,ā katanya. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.