
121 individu termasuk penagih dan pengedar dadah diberkas
AYER KEROH 12 Okt. – Tiga perempuan dan 118 lelaki termasuk penagih dan pengedar dadah pelbagai bangsa berumur antara 20 hingga 60 tahun diberkas anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dalam Operasi Tapis Bersepadu yang diadakan selama dua hari bermula 6 Oktober lalu.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Melaka Supt. Zulkiflee Rashid, kesemua individu itu ditahan kerana disyaki mengedar dan menagih dadah.
Jelasnya, pihaknya turut merampas 9.25 liter disyaki air ketum, 43.34 gram dadah disyaki heroin dan 83.42 gram dadah disyaki syabu yang berjumlah RM10,052 dalam operasi berkenaan.
“Operasi itu membabitkan tangkapan seluruh Melaka. Dan kesemua tangkapan telah di reman di mahkamah untuk siasatan lanjut.
“Kejayaan ini adalah hasil usaha dan kerjasama pihak polis dalam usaha membanteras sebarang aktiviti jenayah dadah di Negeri Melaka.
“Pihak polis mengalu-alukan kerjasama masyarakat dalam menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti jenayah dan dadah yang berlaku di sekeliling mereka,” katanya.
Operasi itu yang dijalan selama 48 jam turut membabitkan lain-lain jabatan dalam PDRM serta balai polis daerah kawasan Melaka.
Views:
Related


Berita Lain
MPJ KOMPAUN LORI SAWIT GUNA JALAN TAMAN TANPA KEBENARAN
JASIN 18 April - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengenakan kompaun kepada pemilik lori sawit yang menggunakan laluan taman perumahan. Setiausaha...
RUNGKAI ISI TERSIRAT ‘BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT’
SERI NEGERI 18 April - Slogan Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat bukan sekadar kata-kata tetapi cerminan jiwa orang Melaka,...
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...