
120,000 kenderaan dijangka masuk Melaka bermula esok – KP
AYER KEROH 27 Jan- Polis Melaka menjangkakan lebih 120,000 buah kenderaan akan memasuki negeri ini selama tiga hari bermula esok bersempena cuti umum sambutan Tahun Baharu Cina Selasa depan.
Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Abdul Majid Mohd Ali berkata susulan itu pihaknya menubuhkan pasukan petugas khas bagi memantau 12 lokasi panas dikenal pasti kerap berlaku kemalangan di semua tiga daerah di negeri ini.
“Selain memantau lokasi kerap berlaku kemalangan maut pasukan ini juga akan memastikan aliran trafik lancar (penyuraian trafik) buat keselesaan pengguna jalan raya.
“Sepanjang musim perayaan Tahun Baharu Cina kali ini seramai 220 pegawai dan anggota akan bertugas dan sifar kematian menjadi objektif utama kami,” katanya.
Beliau berkata, demikian dalam sidang media selepas melancarkan Op Selamat 17 Tahun Baharu Cina 2022 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...
100 TAHUN, PANDU PUTERI MELAKA TERUS MARTABAT ANAK GADIS, WANITA
BANDA HILIR 18 April - Menginjak usia 100 tahun penubuhannya, Persatuan Pandu Puteri Melaka terus mengorak langkah dalam memartabatkan anak...