
1,200 nelayan Melaka terima Lesen Sampan khas
KANDANG 21 Feb – Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan seramai 1,200 nelayan laut di negeri ini sudah menerima Lesen Sampan Khas setakat ini.
EXCO Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, bagi 2021Jabatan Perikanan Negeri meluluskan 200 lagi lesen.
“Hari ini 45 nelayan menerima lesen masing-masing, selepas ini nelayan boleh lakukan aktiviti menangkap ikan tanpa berasa risau sekali gus membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.
“Bila sudah ada lesen, secara tidak langsung nelayan ini membantu memperkayakan dan mempelbagaikan lagi produk hasil laut keluaran Melaka,” katanya.
Beliau berkata, demikian pada sidang media selepa Program Pelepasan Benih Ikan dan Penyerahan Lesen Sampan Khas di Masjid As-Salimin, di sini, hari ini.
Abdul Razak berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima aduan berhubung penyalahgunaan lesen dikeluarkan dalam kalangan nelayan tempatan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...
JURUTERA RUGI LEBIH RM1.1 JUTA ANGKARA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 22 April - Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung...
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...