12 wanita antara 139 dicekup dalam Op Tokan Jalanan

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

AYER KEROH 28 Dis – Seramai 139 individu termasuk 12 wanita ditahan dalam Op Tokan Jalanan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan penagihan dan pengedaran dadah, Ahad lalu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Melaka Deputi Superintendan Mohd Akmal Abdullah, kesemua mereka itu ditahan di sekitar negeri ini dalam operasi berkenaan bermula Jumaat lalu.

Beliau berkata, kesemua yang ditahan ini dipercayai terbabit dengan aktiviti penagihan dan pengedaran dadah serta air ketum.

“Daripada 139 yang ditahan itu 125 adalah lelaki tempatan, dua lelaki warga asing dan bakinya seramai 12 orang adalah wanita, mereka ini berusia antara 18 hingga 72 tahun.

“Selain tangkapan ke atas individu, pihaknya turut merampas pelbagai jenis dadah termasuk daun dan air ketum dianggarkan bernilai RM26,500,” katanya.

Menurut beliau, hasil ujian saringan awal air kencing dijalankan mendapati kesemua yang ditahan itu positif dadah.

“Selain itu, empat daripada yang ditahan juga mempunyai waran tangkap membabitkan kes urin serta dua individu lagi dikenal pasti untuk diambil tindakan dibawah langkah-langkah pencegahan khas.

“Tindakan dibawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988 juga diambil dengan nilai sitaan RM10,000 membabitkan rampasan dua buah motosikal,” katanya.

Mohd Akmal berkata, mereka yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 39A, Seksyen 12(3), Seksyen 6 ADB dan Seksyen 15(1)(a) ADB juga Seksyen 30(3) Akta Racun.

“Selain diingatkan agar tidak membabitkan diri dalam sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah orang ramai juga diminta membantu pihak polis dalam menyampaikan maklumat dalam usaha memerangi jenayah dadah ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

524
Kongsi :
Previous post Jumlah negara berisiko tinggi varian Omicron kini 18- Khairy
Next post Banjir: 28 keluarga dari dua daerah Melaka terima bantuan wang ihsan
Ubah saiz-+=