Sorting by

×

TADIKA ANAK ISTIMEWA, AUTISME SETIAP DAERAH SELURUH NEGARA

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

ALOR GAJAH 7 November – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sedang mempertimbangkan cadangan untuk mewujudkan sebuah Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) khas untuk anak-anak autisme bagi kawasan luar bandar di semua daerah seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tadika pendidikan khas itu nanti dicadang untuk diselia oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) agar pelaksanaannya sampai kepada kumpulan sasar.

“Kita juga membincangkan tentang soal tadika pendidikan khas menerusi KEMAS, kemudahan dicadangkan ini khusus untuk kumpulan sasaran (kanak-kanak autisme) atau anak istimewa di luar bandar.

“Selepas tamat pendidikan di tadika khas Kementerian Pendidikan (KPM) akan menempatkan anak-anak ini di sekolah tertentu di daerah berkenaan,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Penyelarasan Antara YAB Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Dengan Exco-Exco Luar Bandar (MEXCLUB) Bilangan 2 Tahun 2024 di sebuah hotel di Alor Gajah di sini, hari ini.

Pada sidang media sama beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah turut mengumumkan, KKDW memperoleh peruntukan tambahan berjumlah lebih RM400 juta untuk tahun hadapan.

Menurutnya, peruntukan tambahan itu akan diagihkan untuk memperkasakan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), pra tahfiz, perumahan Masyarakat Orang Asli dan beberapa program baharu dikendalikan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi melahirkan teknousahawan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

107
Kongsi :
Previous post PELAJAR PRAUNIVERSITI PERLU CELIK DIGITAL, TEKNOLOGI – KM
Next post NELAYAN MAUT, MOTOSIKAL REMPUH KERETA KELUAR SIMPANG
Ubah saiz-+=