Sorting by

×

1,181 PELAJAR SERTAI PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT KEBANGSAAN

Masa Membaca:55 Saat

PAYA RUMPUT 12 November – Seramai 1,181 pelajar mewakili lebih 50 sekolah menengah dan rendah seluruh negara menyertai Majlis Penutup Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform Peringkat Kebangsaan 2024 di Stadium Stadium Hang Jebat, baru-baru ini.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, pertandingan itu dijalankan secara bersemuka dan dalam talian menerusi hubungan video dengan peserta dari negeri berkenaan.

Rais yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Rumput, berkata secara keseluruhan penyertaan membabitkan seramai 4,950 murid, pelajar dan pegawai pengiring.

“Melalui aktiviti kawad kaki ini dapat melahirkan pelajar mempunyai kemahiran karamah insaniah (konsep penting dalam Islam) seperti keberanian, ketabahan, keterampilan komunikasi dan kepimpinan.

“Murid dan pelajar yang menyertai pertandingan ini merupakan aset negara yang paling berharga, mereka adalah bakal pewaris masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap selepas merasmikan Majlis Penutup Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform Peringkat Kebangsaan 2024.

Ketika berucap, Rais turut berpesan kepada semua peserta agar memanfaatkan sepenuhnya zaman persekolahan dengan perkara berfaedah yang boleh membawa kepada kecemerlangan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

112
Kongsi :
Previous post PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT DIREMPUH PEMANDU DISYAKI MABUK
Next post 120 PELAJAR DARI ENAM NEGARA MERIAHKAN PROGRAM SILANG BUDAYA INSWA
Ubah saiz-+=