118 graduan KV Datuk Seri Mohd Zin terima Sijil Diploma
MASJID TANAH 13 Feb – Seramai 118 graduan Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin (KVDSMZ) dianugerahkan Sijil Diploma dalam Majlis Konvokesyen KVDSMZ ke-6 diadakan di Kompleks Sukan Masjid Tanah, hari ini.
Konvokesyen yang diadakan dalam suasana norma baharu itu hanya membenarkan pelajar yang lengkap vaksinasi dan tidak bergejala diraikan dalam program berkenaan.
Hanya pelajar diraikan tanpa kehadiran ibu bapa dan keluarga dibenar memasuki dewan utama yang disusun dengan kedudukan penjarakan sosial.
Program dimulakan seawal jam 8 pagi itu memberi pengiktirafan kepada 118 daripada 157 pelajar membabitkan lapan kursus terdiri dari jurusan teknologi dan pengurusan perniagaan.
Semua Sijil Diploma itu disampaikan oleh Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Dr Umar Al-Amani Azlan dan disaksikan Pengarah kolej berkenaan, Mohamad Shafie Hamir.
Dalam program tersebut, Muhammad Zakwan Zahari dinobatkan sebagai Anugerah Pelajar Terbaik manakala lapan lagi graduan menerima Anugerah Terbaik Program.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
RAKYAT KUALA LINGGI PUJI INISIATIF W.R.U.R CETUSAN IDEA KETUA MENTERI
KUALA LINGGI 5 Januari - Inisiatif Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) cetusan idea Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...
ZOO MELAKA WAKTU MALAM LEBIH MENGUJAKAN – PENGUNJUNG
AYER KEROH 5 Januari - Suasana pada waktu malam di Zoo Melaka 'Night Safari' lebih seronok dan mengujakan untuk dikunjungi...
KENDURI RAKYAT W.R.U.R KUALA LINGGI TUMBANG 2 EKOR LEMBU
KUALA LINGGI 6 Januari - Kira-kira 10,000 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi dijangka akan memeriahkan kenduri rakyat pada...
W.R.U.R: KAMI DATANG UNTUK RAKYAT
KUALA LINGGI 5 Januari - Penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) diseru untuk hadir memeriahkan pelbagai program yang diadakan selama...
3 DENAI SUNGAI JADI PUSAT RIADAH BAHARU DI MELAKA
KUALA LINGGI 6 Januari - Sejumlah RM1.5 juta diperuntukkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi pelaksanaan tiga projek Denai Sungai...
LARUT MALAM DI MUZIUM MELAKA SANGAT BERMAKNA
BANDA HILIR 5 Januari - Sudah namanya negeri bersejarah, tentu sekali pengunjung tidak melepaskan peluang untuk melawat ke muzium-muzium sempena...