1,176 nelayan Melaka terima insentif sara hidup RM1,000- EXCO

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

BATU BERENDAM 25 Jan- Seramai 1,176 nelayan berdaftar di negeri Melaka menerima bayaran insentif sara hidup secara berperingkat sebanyak RM1,000 hari ini.

EXCO Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata pemberian insentif tersebut akan diberikan secara berperingkat atau setiap tiga bulan setahun.

Katanya, bagi fasa pertama sebanyak RM250.00 diberikan kepada semua nelayan merangkumi ketiga-tiga daerah dalam negeri ini.

“Ketua Menteri telah mengumumkan insentif sara hidup nelayan bernilai RM1,000 seorang dan bayaran ini akan dibuat sebanyak empat kali.

“Insentif sara hidup ini melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM1.18 juta.

“Insentif itu adalah pemberian saguhati khas kepada nelayan Melaka yang kehilangan punca pendapatan akibat dari penularan COVID-19 pada tahun 2020 dan sekali gus menunjukkan kerajaan negeri prihatin terhadap nasib golongan nelayan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyampaian Bayaran Insentif Sara Hidup secara One-Off kepada nelayan berdaftar negeri Melaka tahun 2022 di Lembaga Perikanan Melaka, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Razak yang juga EXCO Pembangunan Luar Bandar negeri, berkata Jabatan Perikanan Melaka merekodkan sebanyak 2,093.724 tan metrik pendaratan ikan marin kepada sektor perikanan tahun lalu.

“Terdapat 33 buah pangkalan di sepanjang pantai perairan negeri Melaka dan sebanyak 1001 buah bot menangkap ikan yang berlesen terdiri daripada sampan dan bot enjin Zon A,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

761
Kongsi :
Previous post Ahmad Faizal beri bayangan kemelut Zii Jia – BAM diselesaikan dalam tempoh terdekat
Next post 32,800 asnaf dan B40 naik bas percuma tanpa had Feb ini
Ubah saiz-+=