Kru kapal warga India terjatuh di perairan Melaka
MELAKA, 19 Julai – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Melaka dan Negeri Sembilan menggerakkan operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) selepas seorang kru Kapal MT RESOLUTE dipercayai terjatuh ke dalam laut.
Pengarah Maritim negeri Kepten Maritim Mohd Khairi Abd Aziz berkata mangsa iaitu warga India dikenali sebagai Vishnu Babu, 25, dipercayai terjatuh di kedudukan 11.8 batu nautika barat daya Tanjung Klebang di sini pada 11.10 pagi, semalam.
“Sejurus menerima maklumat dari Pusat Kecil Mencari dan Menyelamat (MRSC) Johor Bahru, bot PERKASA 37 yang sedang dalam operasi diarahkan ke lokasi untuk mengesan mangsa Carilamat membabitkan keluasan sektor pencarian meliputi 43.5 kilometer persegi.
“Bot Ronda RH 22 daripada Pasukan Polis Marin turun membantu dalam pencarian ini namun tiada sebarang penemuan,” katanya.
Beliau berkata Kapal MT RESOLUTE dalam perjalanan ke Singapura dan operasi itu ditangguh pada 7 malam ini dan akan disambung semula pada 8 pagi esok.
Mohd Khairi berkata orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan di talian 06-387 6730 atau talian kecemasan NG999 yang beroperasi 24 jam. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PRODUK MAKANAN SEJUK BEKU DARI KUALA LINGGI SEMAKIN LARIS
KUALA LINGGI 15 Januari - Kesungguhan seorang suri rumah Siti Fuatdatul Nor Yusuff yang mahu meningkatkan taraf hidup keluarganya menerusi...
NASIB NELAYAN MELAKA TERUS TERBELA
AYER LIMAU 15 Januari - Nelayan di negeri ini bersyukur kerana Kerajaan Negeri tidak pernah meminggirkan nasib mereka untuk meningkatkan...
UTEM TERUS PRIHATIN BANTU KEBAJIKAN MANGSA BANJIR DI KELANTAN
DURIAN TUNGGAL 15 Januari - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) meneruskan keprihatinan bagi membantu masyarakat terutama keluarga pelajar yang terkesan...
MYLESEN: MELAKA DAPAT 800 KUOTA LESEN B2 PERCUMA
KUALA LINGGI 15 Januari - Melaka menerima sebanyak 800 kuota tawaran lesen memandu kelas B2 secara percuma kepada rakyat menerusi...
ADVOKASI, KESEDARAN TANGANI BULI SIBER
PENGKALAN BATU 14 Januari - Kesedaran tentang buli siber harus dipupuk bermula di peringkat sekolah rendah kerana kanak-kanak di bawah...
JANGAN JADIKAN RUMAH ‘LUBUK’ SAMPAH
PANTAI KUNDOR 15 Januari - Pemilik premis kediaman di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor diingatkan supaya sentiasa menjaga...