
11 kawasan Hang Tuah Jaya dilanda banjir
AYER KEROH 20 Okt. – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) melaporkan terdapat sekurang-kurangnya 11 kawasan dilanda banjir kilat.
Antara kawasan di Hang Tuah Jaya yang terlibat dengan banjir kilat ialah Taman Bukit Melaka, Kampung Telok, Taman Melawis, Kampung Sungai Putat, Taman Malim Permai, tama Bukit Beruang Utama, dan Kampung Bukit Tambun.
Turut terlibat dengan banjir ialah Jalan Lebuh Ayer Keroh dan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dengan paras air dilaporkan sehingga paras lutut.
Selain itu, Perpustakaan Tehel dan Taman Sutera Wangi pula dilanda banjir lumpur.
Selain itu, MPHTJ turut memantau beberapa lokasi lain seperti Taman Bukit Beruang Bestari, Kampung Lubok Kasau dan Kampung Paya Keladi.
Berita lanjut menyusul
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.