Sorting by

×

108,934 telah mendaftar PADU di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 40 Saat

SERI NEGERI 6 Mac – Seramai 108,934 rakyat Melaka telah berdaftar dengan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) setakat 4 Mac lalu.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, jumlah itu bagaimanapun masih rendah iaitu pada kadar 16 peratus daripada 680,000 orang yang disasarkan akan berdaftar sehingga 31 Mac ini.

“Sejak dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Januari lalu, sebanyak 612 kaunter PADU telah dibuka untuk memudahkan orang ramai berdaftar.

“Jumlah yang telah mendaftar PADU mengikut Dewan Undangan Negeri (DUN): Serkam seramai 690 orang; Banda Hilir (2,098); Tanjung Bidara (1,278); Kesidang (6,921); Kota Laksamana (6,181); Ayer Keroh (5,997); Paya Rumput (7,223); Sungai Udang (2,860); Klebang (2,671) dan Pengkalan Batu (2,567).

“Selain itu, di Bukit Katil seramai 6,083 orang; Duyong (3,607); Ayer Molek (3,791); Merlimau (2,140); Telok Mas (5,371); Durian Tunggal (4,373); Pantai Kundor (3,155); Kuala Linggi (2,328); Rembia (3,793); Bemban (3,649); Lendu (1,659); Taboh Naning (1,419); Rim (4,139); Sungai Rambai (7,100); Ayer Limau (6,054); Machap Jaya (3,881); Gadek (3,881) dan Asahan (5,019),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Low Chee Leong (PH-Kota Laksamana dan soalan tambahan Siti Faizah Abdul Azis (BN-Sungai Rambai) pada Persidangan Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fairul Nizam turut memaklumkan Melaka berada di kedudukan ke-bagi bilangan penduduk yang mendaftar PADU di seluruh negara.

Justeru, beliau menyeru semua rakyat Melaka mengambil peluang untuk medaftar PADU sebelum hujung bulan ini dan tidak perlu bimbang mengenai keselamatan maklumat peribadi mereka kerana semuanya akan dilindungi.

“Saya harap ramai yang akan mengambil peluang ini untuk mendaftar PADU, kerana bimbang sekiranya tarikh pendaftaran telah ditutup dan masih ramai yang tidak mendaftar akan ada rakyat yang tercicir daripada menerima subsidi bersasar,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2428
Kongsi :
Previous post ‘Melaka Industrial Booster’ mudahkan urusan pelabur
Next post Pelajar 20 universiti santuni orang Tanjung Bidara
Ubah saiz-+=