Sorting by

×

10,000 tetamu banjiri rumah terbuka Aidilfitri Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka

Masa Membaca:54 Saat

MASJID TANAH 5 Mei – Lebih 10,000 pengunjung membanjiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka 2023 di Villa D’Acqua, Kampung Pulau, di sini, malam ini.

Pengunjung yang hadir tidak melepaskan peluang untuk beramah-mesra bersama Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Ketibaan Ahmad Zahid kira-kira jam 8.30 malam tadi, disambut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri merangkap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Pada majlis itu pengunjung dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh penyanyi ‘otai’ seperti Datuk Nash, Datuk Hattan dan Datuk Ramli Sarip.

Pelbagai juadah hari raya turut disediakan buat pengunjung antaranya sate, nasi ayam masak merah, lempeng, cakoi, ‘coconut shake’ dan banyak lagi.

Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu; Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kerajaan Negeri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

9177
Kongsi :
Previous post Lapan negeri boleh terjejas akibat impak El Nino – SPAN
Next post PRN: Pembahagian kerusi BN, PH hampir selesai – Ahmad Zahid
Ubah saiz-+=