10,000 langkah patriotik Politeknik Melaka

Masa Membaca:54 Saat

BANDA HILIR 13 September – Bukan sekadar mengeluarkan peluh, sebaliknya 164 warga Politeknik Melaka (PMK) menyertai Program Berjalan 10,000 Langkah kerana mahu menyebarkan mesej tentang semangat perpaduan dan kebersamaan rakyat.

Inisiatif dilaksanakan Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan PMK bermula di laluan pejalan kaki Jeti Taman Rempah dan berakhir di Kota A’Famosa, Banda Hilir bersempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-65, 31 Ogos lalu.

WhatsApp Image 2022-09-13 at 3.24.33 PM
PELAJAR dan kakitangan PMK mengibarkan Jalur Gemilang sewaktu berjalan.

Pengarahnya, Razali Johari berkata, langkah patriotik itu dapat menerapkan nilai murni dalam kalangan pelajar khususnya memupuk semangat cintakan negara.

“Menerusi aktiviti ini pelajar dan kakitangan dapat mengeratkan hubungan agar lebih harmoni.

“Selain itu penganjuran program 10,000 langkah ini menunjukkan warga PMK sentiasa aktif, cergas dan mempunyai kualiti hidup yang sihat,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI).

Sepanjang program peserta mengibarkan Jalur Gemilang dan menggayakan pakaian tradisional.
Katanya program itu juga memberi impak kepada orang ramai khususnya rakyat Malaysia supaya sentiasa mengingati hari bersejarah seperti bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1889
Kongsi :
Previous post Ahmad Amzad dikejar ke hospital setelah ‘mengah’ ketika daki bukit
Next post Najib stabil, kekal terima rawatan di HKL – Khairy
Ubah saiz-+=