
10,000 juadah berbuka percuma untuk masyarakat Masjid Tanah
MASJID TANAH 29 April. – Sebanyak 10,000 bungkusan juadah berbuka akan diagihkan secara percuma menerusi program Gerobok Rezeki kepada masyarakat di Parlimen Masjid Tanah pada 1 Mei ini.
Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, program itu dibakal dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md. Ali dan akan dijalankan secara serentak secara maya di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Semua masyarakat diminta untuk datang beramai-ramai mengambil juadah percuma ini bermula jam 5 petang pada Sabtu ini dan program akan dilancarkan serentak secara maya pada jam 4.45 petang oleh Ketua Menteri dan saya di Pasar Ramadan Masjid Tanah.
“Kita menyeru pada semua umat Islam di dalam Parlimen Masjid Tanah untuk bersama-sama meraikan program Gerobok Rezeki anjuran UMNO Bahagian Masjid Tanah yang mana agihan juadah percuma ini turut diedarkan dalam DUN masing-masing,”katanya.
Ab. Rauf yang juga Speaker DUN berkata, juadah percuma itu diagihkan di Pasar Ramadan Masjid Tanah, Pasar Ramadan Pekan Kuala Sungai Baru (DUN Kuala Linggi), Pasar Ramadan Pengkalan Balak (DUN Tanjung Bidara), Pasar Ramadan Lubok China (DUN Ayer Limau) dan Pasar Ramadan Simpang Empat (DUN Taboh Naning).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...