10,000 DISASAR MERIAHKAN DEUTSCHER BRAND SUMMIT 2024

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

AYER KEROH 10 Oktober – Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan TVET Negeri, Datuk Khaidirah Abu Zahar menyasarkan kira-kira 10,000 pengunjung akan hadir ke Deutscher Brand Summit Conference and Exhibition 2024 pada 14 hingga 17 Oktober nanti.

Katanya, penganjuran persidangan tersebut adalah terbuka kepada setiap lapisan masyarakat termasuk pemain industri tempatan yang mana menyaksikan, persidangan tersebut turut melibatkan ‘business matching’ (padanan perniagaan), ‘networking session’ (sesi rangkaian), pameran, sesi ceramah berkaitan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), Revolusi Perindustrian (IR) 4.0 dan pelbagai lagi.

“Kerajaan Negeri menyasarkan kira-kira 10,000 pengunjung bakal membanjiri Deutscher Brand Summit Conference and Exhibition 2024 pada 14 hingga 17 Oktober nanti.

“Untuk orang awam, persidangan ini turut bakal beri manfaat daripada segi peluang pekerjaan, sementara itu untuk pemain industri tempatan dapat manfaat daripada segi pertukaran teknologi dan jalinan hubungan dengan pemain industri dari negara Jerman,” katanya dalam program Podcast Mana Lagi? Melaka Ler! di Studio Melaka TV, semalam.

Khaidhirah turut menjelaskan, Deutscher Brand Summit Conference and Exhibition 2024 bakal beri manfaat kepada Kerajaan Negeri Melaka dari segi pembangunan ekonomi serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Sebelum ini, sebut sahaja kerja kilang, masyarakat secara skeptikal anggap hanya kerja sebagai operator, namun berbeza di Jerman, kerja kilang atau industri ini adalah kerjaya profesional dan percambahan teknologi baharu terus berkembang.

“Disebabkan itu, Ketua Menteri Melaka (Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh) wujudkan portfolio TVET di bawah beliau sendiri kerana beliau komited dalam membangunkan TVET di peringkat pendidikan serta industri bagi mewujudkan kerjaya profesional dalam pekerjaan di bidang perindustrian sepertimana di Jerman,” ujarnya.

Sementara itu, beliau menambah, dalam persidangan tersebut, turut akan berlangsung ialah majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Negeri Melaka menerusi Perbadanan Melaka (MCORP) dengan German-Malaysian Institute (GMI) berkenaan kerjasama TVET.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

50
Kongsi :
Previous post TAMBAH BILIK DARJAH, ATASI MASALAH KEPADATAN MURID
Next post IBU DUA ANAK ‘COMEBACK’ SELEPAS 12 TAHUN TIDAK BERPIDATO
Ubah saiz-+=