1,000 penjawat awam Melaka diraikan

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

BANDA HILIR 15 November – Lebih 1,000 penjawat awam diraikan pada Majlis Apresiasi Petugas-Petugas Majlis Rasmi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2023, di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Ia merupakan tanda apresiasi kepada mereka yang telah bertungkus-lumus menjayakan Majlis Rasmi Kerajaan Negeri Melaka sepanjang tahun ini.

Majlis apresiasi tersebut telah dirasmikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Maslina Baki; Ketua Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Fauzi Elham@Aihim; Pengarah Pejabat Tanah dan Galian negeri, Datuk Noraini Tawel;Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman serta kenamaan lain.

Pada majlis terbabit, turut diraikan kesemua pemenang 70 kategori anugerah, antaranya Gerai Terbaik pada Majlis Rumah Terbuka Kerajaan Negeri Melaka pada Mei lalu dan perarakan terbaik pada Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka Tahun 2023, Ogos lepas.

Majlis tersebut turut meraikan pelbagai pihak lain yang menjayakan program anjuran Kerajaan Negeri termasuklah peringkat agensi, swasta, persatuan, pertubuhan, institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta peringkat sekolah.

Kesemua pemenang membawa pulang piala, sijil dan wang tunai mengikut kategori dan kedudukan dari juara hingga tempat ketiga.

Majlis turut diserikan dengan acara cabutan bertuah dan persembahan artis kebudayaan DARIPADA Briged Seni dan Combo MBMB.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3489
Kongsi :
Previous post Tanah runtuh: ‘Jangan sampai hilang nyawa, baru nak bertindak’
Next post Monsun Timur Laut: Agensi, jabatan Melaka diminta siap siaga
Ubah saiz-+=