1,000 pelajar TVET meriahkan tiga sambutan di MISDEC

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

PENGKALAN BATU 29 Julai – Kira-kira 1,000 pelajar Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) hadir memeriahkan program bersifat tiga dalam satu dianjurkan di Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian dan Keusahawan Melaka (MISDEC).

Pengarah Eksekutif MISDEC, Haiqal Syukri Jantan berkata, program diadakan bermula awal pagi itu dimulakan dengan Program Karnival Jelajah TVET Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dan pelbagai pertandingan dalam penganjuran Pertandingan MISDEC Skills On.

Katanya, menerusi karnival jelajah itu juga turut mengadakan pelbagai pendekatan menarik antaranya Sesi Dialog Bersama PTPK bersama Penyedia Latihan.

Manakala, Pertandingan MISDEC Skills On yang diadakan telah melibatkan pelbagai kategori iaitu di peringkat sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi.

“Menerusi pertandingan ini sebanyak lapan pertandingan telah dilaksanakan melibatkan penyertaan sekolah dan insitusi terlibat dari seluruh Melaka.

“Antara yang dipertandingkan adalah Pertandingan Barber Battle, Autocad dan Elektri-Pneumatik merupakan kategori institusi pengajian tinggi manakala bagi sekolah rendah ialah Pertandingan Kereta Masa Depan dan sekolah mengengah membabitkan Pertandingan Litar Elektkronik, Sumo Robot dan Kereta Roket.

“Program diadakan hari ini juga disusuli dengan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Kolaboraso Strategik MISDEC, Infineon Technologies (M) Sdn Bhd dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas menghadiri MoU dilaksanakan di pusat itu di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi MISDEC, Ahmad Sazali Sabri; Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Melaka, Jaibalan Harirajan; Naib Presiden Kanan Infineon Technologies (M) Sdn Bhd, Chan Chee Ling dan Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina UKM, Prof. Ir. Dr. Mohd Syuhaimi Ab Rahman.Rashid Abdul.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

123
Kongsi :
Previous post Lelaki, dua pembantu rumah ditahan disyaki edar dadah
Next post MISDEC perluas pendidikan AI
Ubah saiz-+=