1,000 MERIAHKAN JAMUAN TEH NEGERI BERSAMA TUN DR. MOHD ALI

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

ALOR GAJAH 7 September – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri Toh Puan Datuk Wira Dr. Asmah Abd Rahman, hadir ke Majlis Jamuan Teh Negeri di Dataran Keris, di sini, hari ini.

Majlis yang dihadiri lebih 1,000 rakyat seluruh Negeri Melaka itu diadakan bersempena Sambutan Hari Jadi Ke-75 Yang di-Pertua Negeri Melaka Tahun 2024.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Timbalan Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Alor Gajah, Adly Zahari; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman serta barisan Exco, Timbalan Exco dan kenamaan lain.

Selain jamuan minum petang, pengunjung yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan pembukaan lagu Senandung Anak Melaka oleh Yasser Fikri, selain persembahan tarian dan nyanyian lagu-lagu klasik.

Jamuan Teh Negeri itu turut menyaksikan acara memotong pulut kuning oleh Tun Dr. Mohd Ali diiringi kenamaan lain.

Pada majlis sama, Tun Dr. Mohd Ali turut menyampaikan sumbangan daripada Kerajaan Negeri dan Majlis Datuk-Datuk Negeri Melaka (MDDNM) kepada golongan memerlukan di negeri ini.

Sumbangan itu diberikan kepada kira-kira 100 penerima, terdiri dalam kalangan anak yatim; warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

137
Kongsi :
Previous post MINDEF SEDIA BANTU PERUBAHAN PENEMPATAN BAPA BAYI MAUT DI TASKA
Next post PEJABAT KASTAM ZON PERINDUSTRIAN BEBAS BERUSIA 25 TAHUN DIBAIK PULIH
Ubah saiz-+=