1,000 kenderaan dipasang pelekat promosi TMM2024

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

SERI NEGERI 16 Ogos – Kira-kira 1,000 kenderaan akan dipasang pelekat magnetik Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) bagi tujuan promosi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, pemasangan pelekat kenderaan secara percuma itu merupakan langkah awal untuk menarik kehadiran pelancong tahun depan.

“Ini merupakan satu lagi program untuk mempromosi TMM2024 di mana langkah ini juga turut dipasang pada kenderaan-kenderaan Exco Kerajaan Negeri dan Jabatan terlibat.

“Setakat ini Kerajaan Negeri sedang merangka pelbagai promosi lain di Melaka selain kita juga sedang aturkan beberapa rancangan kita sebaik sahaja menjelang tahun 2024 nanti.

“Malah beberapa program awal sebelum 2024 juga bakal diadakan seawal bulan September depan bagi menyemarakkan TMM2024,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Pelekat Kenderaan Promosi TMM2024 di Kompleks Seri Negeri, di sini hari ini.

Hadir sama, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Fairul Nizam Roslan; Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, VP. Shanmugam; Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem, dan Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka, Sa’ari Basiron.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1563
Kongsi :
Previous post TMM2024: Promosi Taman Laut Melaka dipergiat
Next post Ibu tunggal dan rakan didakwa aniaya, abai anak berusia tujuh tahun
Ubah saiz-+=