
1,000 keluarga B40 Tanjung Bidara terima kit makanan pandu lalu
TANJUNG BIDARA 30 April – Seramai 1,000 keluarga dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara menerima agihan bantuan kit makanan secara pandu lalu, hari ini
Program Kit Raya Nutrisi Sejahtera diadakan di Kompleks Japerun Tanjung Bidara telah disempurnakan ADUN Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh pada jam 9.30 pagi tadi.
Rata-rata penduduk yang hadir menyambut baik sumbangan berkenaan sekali gus membantu mereka dalam menghadapi persediaan Syawal akan datang
Dalam program berkenaan, kesemua penerima merupakan golongan B40 membabitkan 14 perkampungan yang terdapat di kawasan itu.
Ia membabitkan 700 keluarga dari kawasan perkampungan dan 300 keluarga membabitkan kawasan taman perumahan di Tanjung Bidara.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
IBU DAN ANAK CEMAS, JARI TERSEPIT RANTAI BASIKAL
MERLIMAU 12 April - Seorang ibu dan anak lelakinya berusia 6 tahun berdepan detik cemas apabila jari telunjuk mereka tersepit...
CURI MOTOSIKAL UNTUK BELI DADAH, TIGA SEKAWAN DICEKUP
BEMBAN 12 April - Hajat tiga sekawan untuk membeli dadah selepas mencuri sebuah motosikal Yamaha 125ZR tidak kesampaian apabila kesemua...
DATANG ‘OPEN HOUSE’ ASAHAN BAWA PULANG MOTOSIKAL
ASAHAN 12 April - Sebanyak empat buah motosikal sebagai hadiah cabutan bertuah menjadi antara tarikan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan...
TUN DR. MOHD ALI MERIAHKAN MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI UNIMEL
KUALA LINGGI 11 April - Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Mohd Rustam hadir bagi memeriahkan Majlis Sambutan...
MELAKA ALU-ALUKAN LEBIH RAMAI PELABUR CHINA, MAHU JADI ‘SEMI INDUSTRIAL STATE’
AYER KEROH 11 April - Kerajaan Melaka amat mengalu-alukan kedatangan pelabur yang berpotensi khusus dari China, bagi merancakkan lagi pertumbuhan...
PENIAGA BURGER DIPENJARA TUJUH BULAN KERANA LARIKAN GADIS OKU
MELAKA 11 April - Seorang peniaga burger dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini,...