Sorting by

×

1,000 kaum Tionghoa Melaka terima angpau Tahun Baru Cina

Masa Membaca:57 Saat

TANJUNG BIDARA 4 Februari – Seramai 1,000 kaum Tionghoa di Negeri Melaka menerima sumbangan perayaan berupa wang tunai bersempena Tahun Baru Cina 2024.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, sumbangan bantuan perayaan itu membabitkan kesemua penerima daripada 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM200,000.

Jelas beliau, penerima dipilih berdasarkan kriteria yang ditetapkan seperti warga emas dan mereka yang kurang berkemampuan.

“Saya sentiasa mengambil berat dan cakna tentang kesusahan serta kepayahan rakyat dalam meniti kehidupan tanpa meminggirkan mana-mana kaum untuk menyalurkan bantuan dan sumbangan yang bersesuaian terutama kepada golongan memerlukan.

“Saya berharap dengan adanya bantuan dan inisiatif ini ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban menjelang sambutan Tahun Baru Cina tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Penyampaian Sumbangan Tahun Baru Cina Peringkat DUN Tanjung Bidara 2024 di Kompleks Japerun Tanjung Bidara, di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Bahagian MCA Masjid Tanah Datuk Lee Tian Sing.

Pada majlis itu, seramai 120 kaum Tionghoa DUN Tanjung Bidara menerima sumbangan angpau berserta limau mandarin daripada Kerajaan Negeri yang disampaikan oleh Ketua Menteri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

927
Kongsi :
Previous post Melaka wajibkan rumah kos rendah di projek perumahan baharu
Next post Pesta Ponggal Asahan tonjol keunikan budaya kaum India
Ubah saiz-+=