100 PESERTA ‘ENDUROCROSS’ BERKAMPUNG DI MASJID TANAH

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

TANJUNG BIDARA 15 September – Seramai 100 peserta sukan motosikal lasak seluruh negara berentap merebut gelaran juara dalam penganjuran Melaka EnduroCross CM Cup 2024 sejak semalam.

Taman Perindustrian Pengkalan Balak, di sini menjadi saksi apabila gabungan dua sukan lasak edisi sulung dianjurkan menerima penyertaan luar biasa dari seluruh negara.

Img 20240915 173705 027
ERINNA Fahanna.

Pengarah Urusan Dirtbike Allstar Motorsports, Erinna Fahanna Mohd Saat berkata, sebanyak lima kategori pertandingan telah diadakan dalam program berlangsung selama dua hari itu membabitkan pelbagai peringkat usia.

Menurutnya, antaranya ialah Kategori Enduro Open, Dual Purpose, Enduro Kids dan Enduro CKD.

“Kejohanan ini adalah gabungan antara dua jenis sukan dalam aksi lasak menggunakan motosikal dan ia jarang dianjurkan di Malaysia berbanding negara lain.

“Alhamdulillah kita menerima sokongan dari peminat sukan lasak ini dari seluruh negara dan bercadang untuk memilih Melaka sebagai kejohanan berikutnya pada masa akan datang.

“Kita memilih Melaka disebabkan kedudukannya yang strategik dan dilengkapi kemudahan dan jaringan laluan yang mudah malah ia juga sempena merancakkan lagi sambutan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas mengiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menyempurnakan pertandingan itu, di sini hari ini.

Img 20240915 173704 068
AB RAUF melepaskan peserta perlumbaan.

Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah, TPr. Saifuddin Abdul Karim dan Pegawai Daerah dan Tanah Alor Gajah, Datuk Sabrina Thalas.

Terdahulu, program diadakan memasuki kategori akhir telah dilepaskan Ab Rauf menerusi kategori terbuka dalam pertandingan itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

135
Kongsi :
Previous post DATUK REMY SEDIA BANTU PROMOSI MASJID TANAH
Next post MAULIDUR RASUL DISAMBUT MERIAH DI TANJUNG BIDARA
Ubah saiz-+=