Sorting by

×

100 PESERTA BERPAKAIAN TRADISIONAL ‘BERLAMPU’ MERIAHKAN LARIAN SUNGAI MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

KOTA LAKSAMANA 28 Oktober – Seramai 100 peserta memakai pakaian tradisional dengan sentuhan warna-warni cahaya lampu neon memeriahkan program Neon Walk Sarung, Kebaya dan Terompah @ Sungai Melaka, semalam.

Pemangku Ketua Pengawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Khairunnisa Ibno Masooda berkata, konsep larian dengan berpakaian tradisional, sarung dan terompah turut menggamit peserta dari Johor dan Negeri Sembilan selain Melaka.

Katanya, penganjuran sulung dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka mampu memartabatkan warisan kebudayaan selain pada masa yang sama memanfaatkan hujung minggu dengan menyetai aktiviti memberikan manfaat.

“Konsep elemen kebudayaan diketengahkan dalam larian ini, peserta digalakkan untuk menggayakan pakaian tradisional mengikut kreativiti masing-masing.

“Program ini adalah bersempena International Cultural & Arts Festival @Sungai Melaka 2024 (ICAF 2024). Jarak larian adalah sejauh dua kilometer sepanjang tebing Sungai Melaka melalui Kampung Morten yang bermula dari Dataran Pengkalan Rama.

“Pemilihan pemenang bukan berdasarkan siapa yang tiba paling awal di garisan penamat, tetapi berdasarkan kreativiti peserta menggayakan busana tradisional dengan hiasan lampu neon,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan gimik pelepasan peserta program Neon Walk Sarung, Kebaya dan Terompah @ Sungai Melaka di Dataran Pengkalan Rama.

Larian diadakan itu menawarkan sebanyak 10 hadiah utama kepada peserta dengan RM500 buat johan, dikuti RM300 bagi tempat kedua, RM200 bagi ketiga dan RM100 bagi tempat keempat hingga ke-10.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

624
Kongsi :
Previous post BURUH MENGAKU SALAH ROMPAK GELANG EMAS GUNA PENCAKAR TANAH
Next post AARON CHIA, 110 ATLET SUKMA MELAKA TERIMA INSENTIF LEBIH RM300,000
Ubah saiz-+=