
10 sekolah dipilih jayakan inisiatif ‘Rainwater Harvesting In School’
AYER KEROH 22 Ogos – Sebanyak 10 buah sekolah dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dipilih untuk menjayakan Projek ‘Rainwater Harvesting In School’ atau Sistem Penuaian Air Hujan.
MPHTJ menerusi satu perkongsian di Facebook rasminya memaklumkan projek itu dibiayai menerusi Geran Perbandaran Rendah Karbon (GeRAK) daripada Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) tahun lalu.
Inisiatif itu adalah sebahagian daripada pelaksanaan MPHTJ Low Carbon Eco-Schools yang dimulakan sejak 2018 dengan sasaran pembabitkan sehingga 28 buah sekolah secara keseluruhan.
Projek itu bakal membabitkan 21 sekolah rendah dan tujuh sekolah menengah bertujuan untuk membudayakan amalan hijau serta rendah karbon selaras dengan hasrat MPHTJ selaku perbandaran rendah karbon menjelang tahun 2030.
Pada 19 Ogos lalu berlangsung Taklimat Modul Khas Rainwater Haversting In School dan sesi penyerahan Projek Pemasangan Sistem Pengumpulan Air Hujan (SPAH) disempurnakan Setiausaha MPHTJ Sr Rohaya Abdullah.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PENSYARAH UITM MAUT MOTOSIKAL REMPUH LORI
JASIN 11 Mac - Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Jasin maut selepas motosikal ditungang terbabit kemalangan dengan sebuah lori...
MPAG EDAR LEBIH 800 BUNGKUS BUBUR LAMBUK
ALOR GAJAH 11 Mac - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mengagihkan lebih 800 bungkus bubur lambuk kepada orang ramai dan...
KPDN LANCAR OPS CAMPUR, 300 KAMPIT BERAS DIRAMPAS
PUTRAJAYA 11 Mac - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan Ops Campur bermula semalam, bagi tindakan...
NELAYAN TERJATUH DI PERAIRAN PULAU TIKUS DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA
GEORGE TOWN 11 Mac - Seorang nelayan tempatan yang dipercayai terjatuh ke dalam laut di perairan berdekatan Pulau Tikus, di...
JUAL KOLEKSI BARANG ANTIK DEMI KELANGSUNGAN HIDUP
DUYONG 11 Mac - Meskipun berat, Mohamad Nasirudin Md Zen, 39, terpaksa akur dan sedia untuk menjual sebahagian koleksi barangan...
PERZIM SASAR 650,000 PELAWAT TAHUN INI
AYER KEROH 11 Mac - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menetapkan sasaran seramai 650,000 orang pelawat singgah ke muzium-muzium seliaannya sepanjang...