10 produk pelancongan sertai Melaka Bila Larut Malam, esok

Masa Membaca:1 Minit, 36 Saat

AYER KEROH 2 Ogos – Sebanyak 10 produk pelancongan di negeri ini akan menyertai program Melaka Bila Larut Malam Edisi Ogos 2024 yang berlangsung esok (Sabtu).

Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Negeri Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan antara produk yang menyertai program itu adalah Menara Taming Sari, Melaka River Cruise, lima muzium di bawah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) serta Muzium Penjara Malaysia Melaka yang beroperasi bermula jam 11 malam hingga 2 pagi.

Selain itu, turut menyertai program berkenaan sama seperti edisi lalu adalah Zoo Melaka yang akan bermula pada 9.30 malam hingga 12 tengah malam, selain Panggung Bangsawan dan Malaysia Heritage Studios yang bermula 8.30 malam, sementara Cool Ghost Museum Melaka bermula 10 malam.

“Menariknya, terdapat penambahan dua lagi produk pelancongan menyertai Melaka Bila Larut Malam edisi Ogos iaitu Air Panas Cerana Putih dan Air Panas Jasin yang akan beroperasi 8 malam hingga 12 tengah malam.

“Selain itu, terdapat juga produk-produk pelancongan yang menawarkan operasi sehingga jam 2 pagi iaitu Melaka Floating Market, Uptown Pahlawan Walk Melaka, Jonker Walk, 1-Altitute, Heart & Lova Cafe, Stadthuys Cafe dan Waronk, selain pusat beli belah Mahkota Parade pula beroperasi sehingga jam 12.00 tengah malam.

“Selain daripada kafe dan pusat perniagaan, pusat permainan seperti Ancient Galaxy ESport Hub juga menyertai Program Melaka Bila Larut Malam ini dengan menawarkan permainan e-sport dengan harga bermula RM3.50 bagi satu jam,” kata kenyataan tersebut.

Menurut BPP Negeri Melaka, Melaka Bila Larut Malam menawarkan harga tiket RM10 (bergantung kepada produk pelancongan), di mana dengan pembelian lima tiket pengunjung hanya perlu membayar RM40 sahaja.

Tidak hanya itu, mereka juga berpeluang membeli cenderamata khas Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) pada harga serendah RM10 sahaja.

“Pembelian ini membolehkan para pengunjung dan pelancong menyertai Cabutan Bertuah TMM2024 dan menerima Kupon Diskaun TMM2024 yang menawarkan diskaun sehingga 55 peratus di 28 buah produk-produk pelancongan negeri Melaka,” tambah kenyataan tersebut.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1869
Kongsi :
Previous post Lot rumah kedai Pulau Melaka sudah beroperasi
Next post Jom santai malam minggu di Alor Gajah
Ubah saiz-+=