1 Syawal disambut sederhana dalam norma baharu di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

AYER KEROH 13 Mei. – Jika dahulu sambutan Aidilfitri di Negeri Melaka diraikan penuh meriah dan menjadi tumpuan perantau pulang beraya, namun buat tahun kedua berturut-turut, suasana sambutan suram tanpa kesesakan kenderaan di jalan raya negeri, taman perumahan dan kampung berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Tinjauan Melaka Hari Ini (MHI) sekitar jam 10 pagi di persimpangan Hospital Pantai mendapati keadaan jalan lengang dan hanya terdapat beberapa kenderaan orang awam yang mungkin baru pulang dari menunaikan solat sunat Aidilfitri.

SUASANA di Kampung Morten kelihatan deretan kecil kenderaan yang diparkir di tepi jalan berikutan kawasan yang sempit dan padat.

Di Kampung Morten keadaan lengang dan hanya kelihatan deretan kecil kenderaan yang diparkir di tepi jalan berbanding tahun-tahun sebelum PKP menyaksikan kesesakan teruk berikutan kawasan kampung yang agak sempit.

Tinjauan seterusnya ke kawasan Tanah Perkuburan Durian Daun tidak mengesan aktiviti orang ramai menziarahi pusara keluarga.

MHI meneruskan tinjauan ke Kampungku Sayang dan ternyata kawasan kampung ini juga sunyi sepi dan tiada suasana kemeriahan Aidilfitri dengan tradisi ziarah dari rumah ke rumah sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.

SUASANA di KAMPUNGKU Sayang juga sunyi tidak kelihatan orang ramai berkunjung ke rumah saudara mara atau kenalan masing-masing.

Selain itu di kawasan taman perumahan Taman Saujana Seksyen 1 Bukit Katil juga mendapati sambutan 1 Syawal disambut sederhana bersama keluarga dalam norma baharu berbanding sebelum ini meriah dengan aktiviti ziarah dalam kalangan sanak saudara dan rakan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

771
Kongsi :
Previous post Perang menentang COVID-19 belum tamat- Dr Noor Hisham
Next post Tragedi Syawal: Lelaki maut ditikam bekas adik ipar akibat perebutan anak
Ubah saiz-+=