
1 Ogos kelepasan am Pahang sempena Hari Keputeraan Sultan
KUANTAN, 16 Jun – Hari kelepasan am Pahang sempena Hari Keputeraan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk tahun ini ditetapkan pada Isnin, 1 Ogos.
Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak menerusi kenyataan di sini hari ini berkata ketetapan itu dibuat bagi menjunjung titah Al-Sultan Abdullah.
Berdasarkan subseksyen 9 (1) Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369), pihak berkuasa negeri menetapkan 1 Ogos 2022 sebagai hari kelepasan am Pahang untuk tahun ini sahaja.
Al-Sultan Abdullah diputerakan pada 30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal, Pekan.
Pada tahun ini, 30 Julai jatuh pada hari Sabtu. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...