Usaha bawa pulang artifak bersejarah di Belanda ke Melaka.

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

AYER KEROH 30 April – Melengkapkan kajian penyelidikan berkaitan Laksamana Hang Tuah antara fokus utama delegasi Kerajaan Negeri Melaka diketuai Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada kunjung hormat ke atas Duta Besar Malaysia ke Belanda, Roseli Abdul.

Menerusi perjumpaan empat mata di The Hague, Ketua Menteri turut menyatakan hasrat Kerajaan Negeri untuk membawa balik artifak bersejarah yang terdapat di Belanda ke Melaka.

Ketua Menteri berkata, turut dibincangkan adalah menyokong usaha kumpulan penyelidik mengenai Laksamana Hang Tuah yang diketuai Universiti Islam Melaka (UNIMEL).

“Bertitik tolak daripada pertemuan ini, sebanyak tiga fokus akan diberi tumpuan termasuk cadangan Memorandum Persefahaman (MoU) antara UNIMEL dan Leiden University berkaitan kajian menyeluruh mengenai Laksamana Hang Tuah.

“Selain itu, penubuhan Jawatankuasa Khas diketuai oleh Kerajaan Negeri Melaka bagi melihat semula cadangan untuk mengkaji bahan-bahan sejarah dan artifak berkaitan Kesultanan Melayu Melaka di Belanda.

“Melaka melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) akan menyusul tindakan bersama Kerajaan Belanda bagi membuat kajian lanjut mengenai sejarah dan warisan Kesultanan Melayu Melaka,” kata Ketua Menteri menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau.

Hadir sama mengiringi Ketua Menteri pada kunjung hormat itu adalah Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman bersama Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh.

Ab Rauf berkata, perbincangan turut menyentuh soal hubungan dua hala boleh ditumpukan di Belanda termasuk perdagangan, pelaburan dan kerjasama sosio-politik.

“Bagi aspek pelancongan pula, kita dimaklumkan sejumlah 68,448 orang pelancong Belanda melawat ke Malaysia pada tahun 2023, iaitu keempat tertinggi dalam kalangan pelancong negara Eropah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

450
Kongsi :
Previous post Mayat pesara tentera ditemukan dalam semak
Next post Penyelia, pembantu pusat pemulihan didakwa pukul pelatih tukar pengakuan kepada tidak bersalah
Ubah saiz-+=