TYT tunai solat sunat Aidilfitri di Masjid Al-Azim

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

BUKIT PALAH 10 April – Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri Toh Puan Datuk Wira Asmah Abd Rahman, hadir menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama kira-kira 10,000 jemaah di Masjid Al-Azim, di sini, pagi ini.

Beliau yang memakai persalinan baju Melayu warna biru laut tiba kira-kira jam 7.50 pagi diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman serta Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Nordin.

Turut hadir Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin; Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Rosli Abdullah;

Pegawai Kewangan Negeri Datuk Salhah Salleh dan Mufti Melaka Datuk Wira Abdul Halim Tawil serta lain-lain kenamaan.

Terdahul sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri, Tun Dr. Mohd Ali meluangkan masa menziarahi Makam Pahlawan Melaka.

Sementara itu tinjauan Melaka Hari Ini mendapati jemaah mula memenuhi ruang solat seawal jam 7 pagi bagi bersama-sama melaungkan takbir raya, suasana sekitar masjid Masjid Al-Azim juga diwarnai gelagat kanak-kanak, ahli keluarga yang berpakaian sedondon selain hilai tawa orang ramai bersama-sama meraikan kemenangan selepas sebulan berpuasa sepanjang Ramadan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

55
Kongsi :
Previous post Syawal tanpa isteri, bapa tunggal tabah demi tiga anak
Next post Aidilfitri pupuk perpaduan
Ubah saiz-+=