TPM umum RM1.5 juta anjur Mini KUD @ D’Bendang tahun depan

Masa Membaca:1 Minit, 39 Saat

SUNGAI RAMBAI 11 Ogos – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan peruntukan RM1.5 juta bagi penganjuran Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) @ D’Bendang bagi tahun hadapan.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, penganjuran yang diadakan itu berpotensi mengembangkan industri pelancongan luar bandar selain menjadi platform usahawan baharu meluaskan perniagaan mereka.

“Mengambil contoh penganjuran ini merupakan inisiatif yang sangat kreatif dan harus diperluaskan ke Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen untuk menghimpunkan produk-produk baharu dihasilkan usahawan dalam kampung masing-masing.

“Perkara ini mampu memenuhi hasrat kerajaan yang ingin melahirkan usahawan baharu yang bukan sahaja dibangunkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) malah kementerian lain untuk memastikan aspek pembentukan usahawan itu adalah mengikut perspektif masing-masing.

“Penganjuran ini bukan hanya menarik pelancongan domestik malah diharapkan pada tahun hadapan ia mampu menarik ‘inbound tourism’ bersama-sama mengalami sendiri pengalaman dalam aktviti yang ada dalam sektor pelancongan luar bandar,” katanya ketika berucap merasmikan Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) @ D’Bendang di Kem Benteng Negara, di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azhar Arshad dan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman.

Yang turut hadir, Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh; Ketua Setiausaha KKDW, Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai merangkan Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Siti Faizah Abdul Azis, barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta tetamu lain.

Pada majlis sama Dr. Ahmad Zahir mengumumkan peruntukan sebanyak RM217,000 sebagai tambahan bagi menjayakan program itu.

“Peruntukan asal adalah RM981,000 namun perbelanjaan itu telah melebihi dan hasil perbincangan bersama Ketua Menteri pihak saya meluluskan tambahan.

“Penganjuran ini perlu dilaksanakan sebagai acara tahunan kerana banyak produk-produk  diusahakan penduduk kampung perlu diperluaskan,” katanya

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

131
Kongsi :
Previous post Mini KUD @ Festival D’Bendang jadi program tahunan semarakkan pelancongan
Next post Lebih 10,000 meriahkan Mini KUD @ Festival D’Bendang Melaka 2024
Ubah saiz-+=