TEMUI TAUKE PES MASJID TANAH DI MAHA 2024

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

AYER KEROH 13 September – Diberi peluang mempromosikan produk diusahakan pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 dianggap sebagai satu penghormatan buat usahawan muda Mohd Farhan Azuan Mohd Azlan.

Mohd Farhan, mengusahakan pelbagai produk makanan seperti aneka jenis pes dan sos cili berharap mampu mencapai sasaran jualan RM10,000 sehingga hari akhir MAHA 2024 pada 22 September ini.

Katanya, selepas lebih tiga tahun mengusahakan produk jenama ‘Cikgu Ana’ atau Rohana Mohd Isa (pemilik asal produk) dia memberanikan diri untuk menyertai MAHA 2024 yang diyakini sebagai platform mampu membantu mengembangkan lagi perniagaannya.

“Produk istimewa adalah pes asam pedas Melaka, pes rendang dan pes gulai kawah yang menjadi keistimewaan bagi Masjid Tanah. Kita juga ada 15 jenis pes lain yang mendapat pengiktirafan pensijilan halal menerusi Skim Pensijilan MeSTI.

“Selain pes, kita juga ada menjual acar buah dan kuah rojak, untuk acara MAHA 2024 ini kita membawa 55 produk pelbagai jenis untuk dipasarkan kepada orang ramai.

“Alhamdulillah dengan adanya MAHA 2024 kita lebih berani untuk memperkenalkan produk-produk yang ada, sekali gus meneroka pasaran baharu,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini di Pavilion Melaka di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor.

Bertempat di Masjid Tanah, perniagaan produk Cikgu Ana kini semakin mendapat sambutan pelanggan sekitar Melaka dan negeri luar.

“Insya-Allah saya membawa stok yang mencukupi sepanjang 12 hari berada di MAHA 2024 ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

904
Kongsi :
Previous post SSPA: PEGAWAI AWAM DIBERI TEMPOH OPSYEN 40 HARI BERMULA 21 OKT
Next post PENGASUH TASKA DIDAKWA BUNUH BAYI BERUSIA LAPAN BULAN
Ubah saiz-+=