Semua syarikat di Melaka perlu laksana ESG – Khaidhirah

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

BANDARAYA MELAKA 20 Jun – Semua syarikat perniagaan di negeri ini digalakkan mengimplementasikan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri, Datuk Khaidhirah Abu Zahar berkata inisiatif itu bukan sahaja membudayakan amalan hijau, malah mempromosi Melaka sebagai negeri selamat untuk dilawati.

“Justeru seminar diadakan hari ini memantapkan lagi amalan ESG yang memberi penekanan kepada pemilik perniagaan atau syarikat besar untuk menuju ke arah ESG dapat dilaksanakan.

“Memang kita tahu mana-mana syarikat khususnya syarikat besar diluar negara memang telah mengamalkan ESG ini dengan begitu menyeluruh.

“Kita tak mahu disebabkan syarikat tidak patuhi amalan ESG menjadikan mereka terhalang meneruskan perkembangan perniagaan mereka di peringkat global,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Seminar ‘Transforming Your Company Into An ESG-Ready Supplier’ di sebuah hotel di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif YF Packaging Sdn Bhd, Ku Ang Yeow.

Seminar itu disertai sebanyak 33 syarikat swasta dalam Negeri Melaka bagi melaksanakan amalan ESG.

Mengulas lanjut, Khaidhirah berkata penglibatan syarikat itu menunjukkan Melaka sedang aktif mempraktikkan amalan ESG.

“Ini merupakan satu inisiatif untuk memastikan anjakan kepada peratusan syarikat-syarikat yang mempraktikkan ESG ini dalam perniagaan mereka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

86
Kongsi :
Previous post Populariti Fan Bingbing letak Melaka di peta pelancongan dunia
Next post Sidang DUN Melaka 9 hingga 11 Julai
Ubah saiz-+=