Rumah Terbuka penyatuan ‘poghut’ Ayer Limau

Masa Membaca:1 Minit, 42 Saat

AYER LIMAU 21 April – Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau menjadi medan penyatuan seluruh penduduk kawasan itu yang hidup umpama satu keluarga besar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, meskipun sambutan tahun ini dianggap sederhana berbanding 2023, namun penganjuran rumah terbuka berkenaan tetap mendapat sokongan penduduk yang bersama-sama hadir memeriahkan Syawal.

Katanya, penyatuan itu menggambarkan imej ‘poghut’ (perut) iaitu masyarakat yang hidup dalam satu keluarga dan bersaudara tanpa mengira perbezaan sosial atau politik di DUN Ayer Limau.

“Kemeriahan rumah terbuka ini adalah cerminan bahawa seluruh masyarakat DUN Ayer Limau hidup dalam perut yang sama, kita semua umpama satu keluarga.

“Alhamdulillah kita melihat semua penduduk terus hidup bersatu padu di bawah penyatuan ‘poghut’ ini dan diharapkan daripada ‘poghut’ ini kita tetap bersatu tanpa mengira fahaman politik, bangsa atau agama

“Imej ‘poghut’ ini kita akan perluaskan dalam DUN Ayer Limau termasuk ke peringkat bangku sekolah. Biarlah perpaduan tercipta menjadi pencetus untuk kita bangkit bersama bagi membangunkan ekonomi, pendidikan dan pembangunan modal insan buat masyarakat di DUN ini ,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini pada penganjuran itu diadakan di Kampung Jeram, di sini, malam tadi.

Whatsapp Image 2024 04 21 At 2.09.33 Am (1)

TETAMU menikmati pelbagai hidangan yang disediakan.

Terdahulu, program diadakan itu turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Turut hadir, Speaker DUN Melaka, Datuk Wira Ibrahim Durum, Barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta tetamu kehormat lain.

Program diadakan sejurus selepas Maghrib dimulakan dengan majlis bacaan doa selamat dan tahlil untuk allahyarham Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari.

Malah tahlil juga dibacakan buat bapa mentua Hameed, Allahyarham Ibrahim Jamil yang telah kembali ke rahmatullah, semalam.

Meskipun disambut penuh kesederhanaan, kira-kira 10,000 pengunjung hadir memeriahkan sambutan diadakan itu.

Kira-kira 30 juadah telah disajikan buat orang ramai dikendalikan peniaga kecil terpilih daripada setiap kampung di DUN berkenaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

82
Kongsi :
Previous post SUKMA2024: Melaka Rugby mampu capai ‘top 4’
Next post TMM2024: Pakej ‘Melaka Nightlife’ bermula Jun
Ubah saiz-+=