RM50 juta baik pulih balai bomba usang

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

LENDU 22 Mac – Balai bomba yang usang akan di seluruh negara akan diberi perhatian khusus Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk dibaik pulih.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM, Datuk Ir. Ts Ahmad Izram Osman berkata, kerja-kerja penyelenggaraan akan dilakukan di balai bomba terlibat bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kebombaan di negara ini.

Katanya, penyelenggaraan tersebut akan dibuat secara berperingkat menerusi peruntukan RM50 juta yang diterima daripada kerajaan tahun ini.

“Alhamdulillah, inisiatif yang diberikan sejak tahun lalu itu kita terima lagi peruntukan sama pada tahun ini.

“Hasil daripada penambahbaikan yang telah kita laksanakan secara berperingkat ini kita melihat satu perubahan positif di balai bomba yang telah menerima inisiatif ini di seluruh negara.

“Peruntukan yang diberikan ini adalah menjurus kepada projek penyelenggaraan berdasarkan permohonan yang dilaksanakan setiap negeri dan kita akan berikan keutamaan kepada balai bomba yang lama untuk menjalankan projek penyelenggaran termasuk membabitkan tandas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan Lawatan Kerja Rasmi ke Balai Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri Melaka ke-12 merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali; Timbalan Pengarah JBPM Melaka, Saiful Iswandy R. Hassan; Pengerusi PERISMA; Datin Batiyah Bakar serta tetamu lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

50
Kongsi :
Previous post Pelancongan kesihatan Melaka bertambah rancak Mei ini
Next post Syukuri nikmat kemanisan Ramadan
Ubah saiz-+=