RM1.7 juta bantu pendigitalan usahawan desa

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

AYER KEROH 24 Jun – Sejumlah RM1.7 juta diperuntukkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi membantu usahawan desa beralih kepada teknologi pendigitalan.

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KKDW, Datuk Che Murad Sayang Ramjan berkata, peruntukan itu disediakan untuk latihan dan bimbingan kepada usahawan pada penganjuran Program Pendigitalan Usahawan Desa (PPU) sepanjang tahun ini.

“Sepanjang tahun ini rangka sebanyak lima siri penganjuran PPU dengan jumlah penglibatan peserta dianggarkan seramai kira-kira 1,200 usahawan yang akan sertai.

“PPU di bawah Program Desamall ini adalah inisiatif tambahan yang dilaksanakan Kementerian untuk merapatkan jurang digital dengan membantu usahawan desa meningkatkan produktiviti serta kecekapan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pada sidang media selepas merasmikan Program Pendigitalan Usahawan Desa Siri II Zon Selatan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), hari ini.

Menurut Che Murad Sayang, penganjuran PPU adalah platform kepada usahawan untuk memulakan transformasi, namun inisiatif sendiri juga amat diperlukan untuk membantu perniagaan mereka bertambah maju.

“Sepanjang dua hari penganjuran kita sediakan mereka maklumat dan bimbingan jadi mereka perlu mencari inisiatif sendiri selepas tamatnya kursus selain nilai kembali sama ada produk sedia ada mencapai standard atau sebaliknya.

“Mereka perlu ada inisiatif sendiri untuk kembangkan atau majukan perniagaan yang diusahakan jadi dengan masa yang ada juga mereka perlu gunakan untuk bertukar pendapat dengan yang lain,” katanya.

Beliau berkata, kualiti usahawan yang diberikan bimbingan menerusi PPU juga dilihat menunjukkan impak positif apabila merekodkan peningkatan antara 10 hingga 30 peratus selepas memasarkan produk dalam talian.

“Contoh Orang Asli yang pernah menjadi peserta kita, sekarang ini sudah beralih kepada penggunaan QR berbanding sebelum ini mereka amat was-was dengan peralihan teknologi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

58
Kongsi :
Previous post JIWA Komuniti MADANI medium eratkan pemimpin, masyarakat
Next post 1 DUN, 3 Komuniti MADANI di Melaka
Ubah saiz-+=